Pernah seketika dulu sabri rasa sabri tak berguna.. Masa tu sabri rapat dengan kawan-kawan.. Sabri seorang yang pemalu, sampaikan hendak berdepan dengan perempuan pun sabri malu sangat.. Tapi sabri tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita.. Macam itulah yang sabri rasa.. Sabri tengok kawan-kawan ada yang dah couple. SMS awek, ada yang call awek, membuatkan sabri berasa cemburu.. Sabri mula berfikir, “Adakah aku perlu BERCINTA?” Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 2 itu, sabri pun mula menanam tekad untuk bercouple. Dan masa itulah sabri kenal dia. Sabri rasa sabri dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup sabri.
Mula-mula, memang tak kenal.. Tapi setelah berhari-hari mesej dengan dia, dipendekkan cerita. Sabri pun mulalah BERCINTA. Masa BERCINTA, memang sabri sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata; ALL OUT lah. Haha.. Sabri selalu call dia, dia pun selalu call sabri. Gayut malam-malam.. kekadang sabri habis sampai rm10 satu malam..tapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa bercouple tu, tak terasa sedikit pun kehilangannnya. Masa BERCINTA memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak.. kalau merajuk main pujuk-pujuk. Kalau birthday kita sambut sama-sama. Untuk diri ini, terasa amat bahagia.. sebab masa itulah terasa diri ini dihargai.. sabri pernah terfikir. Biarlah kawan-kawan sabri pandang sabri semacam, kata sabri macam-macam, asalkan dia memahami sabri.
Dia ingat sabri ni pemalu, takkan bercouple. Sabri kata, kita bukan buat benda salah. BERCINTA kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple ada yg siap buat maksiat lagi; pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara’. Janji tak buat maksiat. Cuma sms dan call ja. Sabri pun banyak nasihat dia. Dia pun terima. Walaupun kadang-kadang dia merajuk sebab teguran sabri tu. Dan akhirnya sabri rasa, hubungan kami semakin diredhai.. Sabri selalu doa supaya kami akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Sabri juga seorang yang suka menyampaikan dakwah.. Sabri sedar menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.. Kalau kita tak berdakwah.. kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.. Sesuai dengan firmanNya dalam Surah al-A’raf, surah ke-7, ayat 164: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata,”Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab,“Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa.” Sabri memang suka beri tazkirah pada kawan-kawan. Tegur mereka apa saja yg silap. Sabri tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Sabri mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati… Tapi, oleh sebab sabria nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan.
Kawan sabri pernah cakap COUPLE HARAM. Sabri tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. macam betul pulak. Huhu~ tapi biasalah, kalau kita suka satu benda tu.. kita tetap akan cari alasan untuk membenarkan pendapat kita. Sabri pun buat tak tau pasal benda tu. Dan teruskan saja hubungan kami.. Kami tak buat maksiat cuma saling ambil berat.. Tanya khabar, Borak-borak. Siap bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah.. Bak kata kawan sabri, “Aku tak couple, just sayang-menyayang je..”
Masa terus berlalu.. Sabri tetap sabri yang dahulu, suka bagi tazkirah. Ada yg terima. Ada juga yg buat tak tau. Kadang-kadang bila tegur.. sabri pula kena marah.. Macam-macamlah alasannya, ada kata sabri tegur tak berhikmah. Ada yg kata sabri menunjuk-nunjuk. Tapi tak kisah. Sabri ada tempat mengadu.. Satu masa, sabri terjumpa ayat ni.. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (al-Baqarah, ayat 44)..
Sabri pun terfikir, “Selama ni aku asyik tegur orang ja. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan. Cepat marah, suka buang masa. Ada gak dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?” lepas tu terjumpa pula ayat ni. Dan janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (al-Baqarah, ayat42)..
Tiba-tiba sabri terfikir satu kritikan kawan. “Alah kau tu.. cakap ja berapi. Gaya alim, tapi couple gak. Sama ja kau dengan kami. Tegur orang konon..” berfikir sejenak. Sebenarnya, bercouple ni, boleh ka tidak? Adakah selama ini sabri hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa sabri rasa malu bila famili sabri tau sabri selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang sabri rasa serba salah? Macam-macam yg sabri fikir.
Dipendekkan cerita lagi sekali, sabri putus dengan dia beberapa bulan selepas itu dan ianya menghampiri waktu peperiksaan akhir tahun.. Berlinangan air mata ini mengingatkan kepada dia.. Sabri masih tak mampu nak ucap selamat tinggal memandangkan dialah perempuan yang pertama selepas famili sabri dalam dunia ni.. Akhirnya, berakhir dengan penuh kekecewaan dan keputusan peperiksaan pun merosot.. Tetapi sabri masih tidak insaf ketika itu.. Sabri teruskan bercouple dengan perempuan lain.. Dan tinggalkan dia selepas beberapa bulan.. Seterusnya, couple lagi dan sampailah satu masa sabri dapat couple dengan seorang yang benar-benar cantik dari pandangan, baik dari perlakuan, dan sopan tutur katanya.. Sabri berasa sangat gembira dapat mengenalinya..
Setelah lama bercouple, sering teringat pasal dia, sabri mula terfikir.. “Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena clash ka?” Lalu sabri pun bersiar-siar di internet untuk membaca artikel-artikel, hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang boleh menjelaskan mengenai couple ini.. Akhirnya sabri mendapat jawapan untuk soalan itu..
“Sebenarnya, couple ni boleh ka tak?” Memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kpd perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kpd lelaki. Tapi dlm Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga firman Allah dlm Surah al-Isra’, surah ke17, ayat32; Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.
Bila sabri fikir balik, sabri tak nampak pn yg kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Sabri dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdalah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi..” Sabri tak mau mengalah. Sabri memang berniat baik.. Persoalan ini terjawab, Niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap saja batil, yg haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni. “Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalagi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yg brpandangan tajam.” (Surah al-Ankabut, Surah ke29, ayat38)..
Apa yang sabri faham tentang ayat tu, syaitan telah buat sabri pandang indah benda buruk yang sabri lakukan, walaupun sabri berpandangan tajam (berilmu tinggi).. Memang pada mulanya niat sabri baik, Tetapi syaitan akan sedaya upaya buat sabri terjerumus ke dalam kemaksiatan.. Lagi pun sabri fikir balik, takkanlah sepanjang masa sabri hantar SMS dengan dia, sabri ingat Allah.. Mesti ada masa untuk melayan perasaan dengan dia.. Dan sabri meneruskan pencarian untuk persoalan yang sangat besar ini, ‘Betulkah couple tu haram?”
Hasil daripada pencarian, sabri dapat lagi.. “Jika tidak berjumpa dengannya, kamu dah dpt elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau janji taknak call dia pula, kamu dpt elak zina telinga dan lidah. Tapi, masih ada zina yg tetap kamu tak dpt elak apabila bercouple.. Zina hati. Semua inilah yg Rasulullah jelaskan dalam hadithnya, tentang bagaimana menghampiri zina itu. Kamu boleh cek sendiri dalam Riyadhus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah SAW bersabda; Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dgn berpegangan. Kaki boleh berzina dgn berjalan kea rah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun kamu buat, kamu tetap tak dpt lari drp zina hati.”
Sabri terkejut.. Kelu. Tak tahu apa nak dikata.. Semua yang sabri baca tu tiada salahnya.. Sabri mula berfikir, “Nanti apalah pula jadi pada dia, aku takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat.” Masa tu sabri dah mula sebak. Sabri tak dapat tahan lagi, masa itu sabri menangis.. Sabri dah sedar yang sabri kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram. Jadi sabri terus terangkan pada dia hubungan tu salah.. Sabri ambil keputusan untuk terus tidak menghubungi dia.. Seorang ustaz kata, “Putus silaturrahim dengan dia tak apa, sebab pernah ada sejarah dengan dia.. Tapi kalau ditakdirkan anda 1 universiti dengan dia, 1 kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anda hanya layan dia, hanya sebagai group discussion partner.”
Sebenarnya masa tu sabri masih belum ada kekuatan untuk tinggalkan perkara tersebut, tetapi kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tetapi ia perlu dibina.. Allah takkan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.. Rujuk Surah ar-Ra’d, surah ke13, ayat11.. Malam tu sabri tidur dengan linangan air mata.. Tak sangka.. Memang tak disangka.. Sabri memang tak pernah terfikir untuk clash dengan dia, tapi itulah yang terbaik buat kita sebenarnya.. Dalam Surah al-Baqarah, ayat216; Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yg kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
Masa terus berlalu. Sabri terus sibukkan diri dgn kerja-krja lain. Dalam usaha nak lupakan dia, bukan senang, tapi sabri terus cuba. Sabri selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Sabri bagi ta’lim di sekolah, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yg berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju.. Tapi tak kisahlah semua tu.
Ingatlah, “tiada yg lebih indah selain drp mendapat keredhaan Ilahi”. Kepada si dia.. Lupakan sabri.. Biar Allah yg tentukan jodoh kita.. Lagi satu, jangan cari cinta manusia.. Ia penuh dgn penipuan, kekecewaan, dan tak kekal.. Tapi carilah cinta Allah; tiada penipuan, takkan pernah (never ever) mengecewakan, itulah cinta abadi. Cinta yg diredhai.
Sabri dah buat keputusan. Sabri pasti apa yg sabri buat ni, betul. Sabri yakin, Allah akan sediakan yg terbaik untuk sabri. Sabri takkan berpatah balik.
Takkan.. Buat selama-lamanya..
Recent Comments