Ekspo GoMobile

Setelah bertahun-tahun kita menunggu, akhirnya Malaysia berjaya mengadakan pameran telefon bimbit ini.. Ianya adalah yang kedua untuk tahun ini setelah Handphone Fair yang berlangsung di Pasar Seni (Central Market) pada awal bulan ini.. Kau sudah dapat saksikan telefon-telefon bimbit yang murah di Handphone Fair tersebut.. Tetapi di GoMobile Expo ini, kau mampu memiliki telefon bimbit serendah RM50!! Komputer dan aksesori teknologi komunikasi yang lain turut dijual di sana..

Maklumat mengenai GoMobile Expo ‘08 :

Tarikh   : 21-23 November 2008 (Jumaat Hingga Ahad)
Tempat : Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

Jadi, jangan tunggu lagi.. Sabri akan pergi ke sana pada petang ini.. Jumpa kau di sana..

Aku Bercinta? Baca dulu.. Ambil Iktibar..

Pernah seketika dulu sabri rasa sabri tak berguna.. Masa tu sabri rapat dengan kawan-kawan.. Sabri seorang yang pemalu, sampaikan hendak berdepan dengan perempuan pun sabri malu sangat.. Tapi sabri tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita.. Macam itulah yang sabri rasa.. Sabri tengok kawan-kawan ada yang dah couple. SMS awek, ada yang call awek, membuatkan sabri berasa cemburu.. Sabri mula berfikir, “Adakah aku perlu BERCINTA?” Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 2 itu, sabri pun mula menanam tekad untuk bercouple. Dan masa itulah sabri kenal dia. Sabri rasa sabri dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup sabri.

Mula-mula, memang tak kenal.. Tapi setelah berhari-hari mesej dengan dia, dipendekkan cerita. Sabri pun mulalah BERCINTA. Masa BERCINTA, memang sabri sangat-sangat bersemangat. Apa orang kata; ALL OUT lah. Haha.. Sabri selalu call dia, dia pun selalu call sabri. Gayut malam-malam.. kekadang sabri habis sampai rm10 satu malam..tapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa bercouple tu, tak terasa sedikit pun kehilangannnya. Masa BERCINTA memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak.. kalau merajuk main pujuk-pujuk. Kalau birthday kita sambut sama-sama. Untuk diri ini, terasa amat bahagia.. sebab masa itulah terasa diri ini dihargai.. sabri pernah terfikir. Biarlah kawan-kawan sabri pandang sabri semacam, kata sabri macam-macam, asalkan dia memahami sabri.

Dia ingat sabri ni pemalu, takkan bercouple. Sabri kata, kita bukan buat benda salah. BERCINTA kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple ada yg siap buat maksiat lagi; pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara’. Janji tak buat maksiat. Cuma sms dan call ja. Sabri pun banyak nasihat dia. Dia pun terima. Walaupun kadang-kadang dia merajuk sebab teguran sabri tu. Dan akhirnya sabri rasa, hubungan kami semakin diredhai.. Sabri selalu doa supaya kami akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Sabri juga seorang yang suka menyampaikan dakwah.. Sabri sedar menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.. Kalau kita tak berdakwah.. kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.. Sesuai dengan firmanNya dalam Surah al-A’raf, surah ke-7, ayat 164: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata,”Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?” Mereka menjawab,“Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa.” Sabri memang suka beri tazkirah pada kawan-kawan. Tegur mereka apa saja yg silap. Sabri tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Sabri mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati… Tapi, oleh sebab sabria nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan.

Kawan sabri pernah cakap COUPLE HARAM. Sabri tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang dia bagi.. macam betul pulak. Huhu~ tapi biasalah, kalau kita suka satu benda tu.. kita tetap akan cari alasan untuk membenarkan pendapat kita. Sabri pun buat tak tau pasal benda tu. Dan teruskan saja hubungan kami.. Kami tak buat maksiat cuma saling ambil berat.. Tanya khabar, Borak-borak. Siap bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Tak kisahlah.. Bak kata kawan sabri, “Aku tak couple, just sayang-menyayang je..”

Masa terus berlalu.. Sabri tetap sabri yang dahulu, suka bagi tazkirah. Ada yg terima. Ada juga yg buat tak tau. Kadang-kadang bila tegur.. sabri pula kena marah.. Macam-macamlah alasannya, ada kata sabri tegur tak berhikmah. Ada yg kata sabri menunjuk-nunjuk. Tapi tak kisah. Sabri ada tempat mengadu.. Satu masa, sabri terjumpa ayat ni.. Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (al-Baqarah, ayat 44)..

Sabri pun terfikir, “Selama ni aku asyik tegur orang ja. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan. Cepat marah, suka buang masa. Ada gak dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?” lepas tu terjumpa pula ayat ni. Dan janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (al-Baqarah, ayat42)..

Tiba-tiba sabri terfikir satu kritikan kawan. “Alah kau tu.. cakap ja berapi. Gaya alim, tapi couple gak. Sama ja kau dengan kami. Tegur orang konon..” berfikir sejenak. Sebenarnya, bercouple ni, boleh ka tidak? Adakah selama ini sabri hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa sabri rasa malu bila famili sabri tau sabri selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang sabri rasa serba salah? Macam-macam yg sabri fikir.

Dipendekkan cerita lagi sekali, sabri putus dengan dia beberapa bulan selepas itu dan ianya menghampiri waktu peperiksaan akhir tahun.. Berlinangan air mata ini mengingatkan kepada dia..  Sabri masih tak mampu nak ucap selamat tinggal memandangkan dialah perempuan yang pertama selepas famili sabri dalam dunia ni.. Akhirnya, berakhir dengan penuh kekecewaan dan keputusan peperiksaan pun merosot.. Tetapi sabri masih tidak insaf ketika itu.. Sabri teruskan bercouple dengan perempuan lain.. Dan tinggalkan dia selepas beberapa bulan.. Seterusnya, couple lagi dan sampailah satu masa sabri dapat couple dengan seorang yang benar-benar cantik dari pandangan, baik dari perlakuan, dan sopan tutur katanya.. Sabri berasa sangat gembira dapat mengenalinya..

Setelah lama bercouple, sering teringat pasal dia, sabri mula terfikir.. “Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena clash ka?” Lalu sabri pun bersiar-siar di internet untuk membaca artikel-artikel, hadis-hadis dan ayat Al-Quran yang boleh menjelaskan mengenai couple ini.. Akhirnya sabri mendapat jawapan untuk soalan itu..

“Sebenarnya, couple ni boleh ka tak?” Memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kpd perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kpd lelaki. Tapi dlm Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga firman Allah dlm Surah al-Isra’, surah ke17, ayat32; Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.

Bila sabri fikir balik, sabri tak nampak pn yg kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Sabri dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdalah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi..” Sabri tak mau mengalah. Sabri memang berniat baik.. Persoalan ini terjawab, Niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap saja batil, yg haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni. “Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalagi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yg brpandangan tajam.” (Surah al-Ankabut, Surah ke29, ayat38)..

Apa yang sabri faham tentang ayat tu, syaitan telah buat sabri pandang indah benda buruk yang sabri lakukan, walaupun sabri berpandangan tajam (berilmu tinggi).. Memang pada mulanya niat sabri baik, Tetapi syaitan akan sedaya upaya buat sabri terjerumus ke dalam kemaksiatan.. Lagi pun sabri fikir balik, takkanlah sepanjang masa sabri hantar SMS dengan dia, sabri ingat Allah.. Mesti ada masa untuk melayan perasaan dengan dia.. Dan sabri meneruskan pencarian untuk persoalan yang sangat besar ini, ‘Betulkah couple tu haram?”

Hasil daripada pencarian, sabri dapat lagi.. “Jika tidak berjumpa dengannya, kamu dah dpt elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau janji taknak call dia pula, kamu dpt elak zina telinga dan lidah. Tapi, masih ada zina yg tetap kamu tak dpt elak apabila bercouple.. Zina hati. Semua inilah yg Rasulullah jelaskan dalam hadithnya, tentang bagaimana menghampiri zina itu. Kamu boleh cek sendiri dalam Riyadhus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah SAW bersabda; Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dgn berpegangan. Kaki boleh berzina dgn berjalan kea rah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun kamu buat, kamu tetap tak dpt lari drp zina hati.”

Sabri terkejut.. Kelu. Tak tahu apa nak dikata.. Semua yang sabri baca tu tiada salahnya.. Sabri mula berfikir, “Nanti apalah pula jadi pada dia, aku takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat.” Masa tu sabri dah mula sebak. Sabri tak dapat tahan lagi, masa itu sabri menangis.. Sabri dah sedar yang sabri kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram. Jadi sabri terus terangkan pada dia hubungan tu salah.. Sabri ambil keputusan untuk terus tidak menghubungi dia.. Seorang ustaz kata, “Putus silaturrahim dengan dia tak apa, sebab pernah ada sejarah dengan dia.. Tapi kalau ditakdirkan anda 1 universiti dengan dia, 1 kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anda hanya layan dia, hanya sebagai group discussion partner.”

Sebenarnya masa tu sabri masih belum ada kekuatan untuk tinggalkan perkara tersebut, tetapi kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tetapi ia perlu dibina.. Allah takkan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.. Rujuk Surah ar-Ra’d, surah ke13, ayat11.. Malam tu sabri tidur dengan linangan air mata.. Tak sangka.. Memang tak disangka.. Sabri memang tak pernah terfikir untuk clash dengan dia, tapi itulah yang terbaik buat kita sebenarnya.. Dalam Surah al-Baqarah, ayat216; Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yg kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Masa terus berlalu. Sabri terus sibukkan diri dgn kerja-krja lain. Dalam usaha nak lupakan dia, bukan senang, tapi sabri terus cuba. Sabri selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Sabri bagi ta’lim di sekolah, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yg berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju.. Tapi tak kisahlah semua tu.

Ingatlah, “tiada yg lebih indah selain drp mendapat keredhaan Ilahi”. Kepada si dia.. Lupakan sabri.. Biar Allah yg tentukan jodoh kita.. Lagi satu, jangan cari cinta manusia.. Ia penuh dgn penipuan, kekecewaan, dan tak kekal.. Tapi carilah cinta Allah; tiada penipuan, takkan pernah (never ever) mengecewakan, itulah cinta abadi. Cinta yg diredhai.

Sabri dah buat keputusan. Sabri pasti apa yg sabri buat ni, betul. Sabri yakin, Allah akan sediakan yg terbaik untuk sabri. Sabri takkan berpatah balik.

Takkan.. Buat selama-lamanya..

Muatturun Dengan LimeWire

Mesti kau masih tercari-cari di mana hendak me-muatturun lagu atau filem kesukaan kau.. Masih membuka carian google atau yahoo untuk mencarinya.. Tak perlu susah-susah.. Hari ini, sabri akan menceritakan kepada kau bagaimana untuk memuatturun sesuatu kesukaan anda seperti muzik, video, filem, gambar mahupun perisian secara percuma dan mudah.. Perisian yang sabri akan berikan kepada kau pada hari ini jauh lebih hebat daripada perisian P2P yang lain.. Dan ianya lebih laju daripada apa yang kau boleh muatturun di laman web rasminya.. Sabri rasa kau perlu dapatkannya hari ni tetapi tiada jaminan komputer kau akan bersih daripada virus.. Jadi, sediakan dahulu payung sebelum hujan.. Pastikan kau mempunyai antivirus yang sesuai sekurang-kurangnya Avira Edisi Peribadi.. Selepas itu, muatturun LimeWire Turbo hari ini di blog yang tidak sepopular blog kau ini.. Dapatkan segera sementara masih ada.. Jika kau terlambat, kau akan menyesal kerana kau ketinggalan zaman..

Muatturun di sini..

Kongsikan pengalaman kau di sini selepas menggunakannya..

Friendster Bermasalah

Semalam seperti biasa, bangun tidur (sesi 2=bangun tengah hari selepas menunaikan solat Subuh) sabri akan berada di hadapan komputer terlebih dahulu untuk membaca e-mel, membuka blog, dan seterusnya membuka akaun sabri di MySpace, Friendster, dan Tagged tetapi malangnya sabri mendapati bahawa akaun Friendster sabri tak dapat dibuka.. Apabila log masuk, dia terus sahaja ke laman yang kosong.. Sabri hanya menganggap, biasa lah tu, laman web besar, trafik yang masuk banyak, tambahan pula, Streamyx sabri yang makin lama makin bengong ni.. Jadi, sabri tidak jadi untuk membuka Friendster.. Seterusnya, sabri akan terus log masuk ke Yahoo! Messenger untuk melihat pesanan offline yang dihantar oleh rakan-rakan.. Tiba-tiba seorang rakan sabri menegur :

nAzr! (11/16/2008 12:01:20 PM): ko de friendster kan??
AhmAd sAbr! (11/16/2008 12:01:29 PM): ade
AhmAd sAbr! (11/16/2008 12:01:31 PM): npe
nAzr! (11/16/2008 12:01:44 PM): fs aku jadi gle
nAzr! (11/16/2008 12:01:51 PM): penat aku add smpai 100++
nAzr! (11/16/2008 12:01:55 PM): tetibe jadi 5
nAzr! (11/16/2008 12:01:58 PM): gle bengang aku

Haha, mesti kau juga mengalami masalah yang sama bukan, tapi apabila sabri log masuk ke Friendster petangnya, sabri dapati rakan sabri tidak kurang seperti rakan sabri yang seorang ini, tetapi hanya mengalami kekurangan sebanyak 30 orang.. Kenapa?? Sabri bukan ada ramai kawan pun di Friendster, hanya lebih kurang 255.. :p Tapi, yang menjadi persoalannya, mengapakah laman web segagah Friendster mengalami masalah sebegini rupa?

Apa-apa pun, daripada korang sibuk melayari laman web sosial seperti ini, alangkah lebih indah jika kau meluangkan masa kau di internet dengan menjadi seorang blogger. Bukan sahaja dapat menambahkan ilmu pengetahuan, berkongsi pengalaman, malah kau juga boleh menjana pendapatan seperti yang telah sabri bicarakan di entri sebelum ini.. Janganlah sia-siakan masa kau di hadapan komputer dengan melayari benda-benda tak berfaedah ini..

Jana Pendapatan Melalui Iklan di Blog Sendiri

Permaisuri hari ini bertanyakan satu soalan kepada sabri mengenai buat duit dengan iklan.. Kemunculan Nuffnang & Advertlets dan yang terbaru ialah Jutawan Adsense (dan jika blog anda berbahasa Inggeris, anda boleh menggunakan Google Adsense) telah memberikan peluang yang cerah kepada blogger-blogger di Malaysia terutamanya dari segi kewangan.. Para blogger kini boleh menjana sedikit wang dari media-media pengiklanan ini.. Jumlah wang yang berjaya dikumpul oleh korang bergantung kepada jumlah pengunjung yang masuk ke blog korang.. Jadi, tak guna jugalah jika terlalu banyak iklan di blog korang tetapi tidak mempunyai pembaca yang akan meng-klik iklan-iklan tersebut..

Pertama sekali yang perlu anda fikirkan, bagaimana untuk meletakkan entri yang boleh menarik pengguna-pengguna Internet untuk membaca blog korang.. Semakin ramai pembaca blog korang, semakin banyak duit yang korang boleh jana melalui cara ini.. Sabri ada baca di satu web, entah di mana tak ingat, untuk menarik lebih ramai pengunjung ke blog korang, korang boleh meletakkan video-video lucah yang korang boleh embed-kan dari Youtube atau mana-mana web video yang lain. Sebenarnya, tidak perlu melakukan perkara ini kerana Allah tidak kan memberkati usahamu jika ianya bukan dengan cara yang betul..

Jadi, jika korang punyai blog dan ingin mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog anda, silalah daftar di laman-laman web yang berikut :

Bayar Saman Anda Sebelum Tertangkap

Tiba-tiba, abah menyuruh sabri cek jumlah saman yang perlu dibayar.. Abah hendak pergi bayar saman.. Aku lantas cek jumlah saman tersebut di internet.. Bila sabri cek, wah.. RM2000 saman tertunggak.. Wakaka..

Sebenarnya, sabri nak maklumkan kat korang yang polis akan melancarkan Warta IV selama sebulan bermula hari Isnin ini.. Jadi, sabri nasihatkan kepada korang semua, bayarlah saman tertunggak secepat yang mungkin, kerana pihak polis akan pergi rumah ke rumah, dan jika terpaksa akan pergi ke pejabat anda untuk menahan anda.. Sementara masa masih ada, sila jelaskan saman-saman korang, jika tidak, korang akan dibawa ke mahkamah.. Berita lanjut di sini..

Untuk cek jumlah saman korang, sila pergi ke laman web berikut :

  1. http://jpj.myeg.com.my/PDRM/summons_enq_eng_New.jsp atau
  2. http://www.rilek.com.my/pdrm.html

Dah cek, tulislah kat sini, berapa saman tertunggak korang, hehe..

Tag dari Cik Tasha

Salam, sori cik tasha kerana lambat menjawab tag mu.. Ahaks..

PERIHAL 7 jawapan anda mestilah JUJUR,AMANAH,IKHLAS,SOPAN-SANTUN DAN BERPEGANG PADA PRINSIP…tasha49

1. 7 ciri wanita/lelaki idaman anda.

* Beragama
* Ada masa depan
* Cute
* Pandai berfikir secara rasional
* Berpakaian sopan
* Memahami
* Bukan mata duitan

2. 7 wanita/lelaki yang pernah anda minati sepanjang hidup.

* Siti Khadijah (Isteri Rasulullah yang penyayang)
* Siti Fatimah (Anak Rasulullah yang berhati mulia)
* Ibuku (Seorang ibu yang merupakan segala-gala bagiku)
* Kakak sulungku (Dia juga seorang yang ambil berat terhadapku)
* Waheeda (Aku tertarik dengan penampilannya yang sentiasa mengambil berat mengenai aurat Alangkah indahnya jika ku dapat kahwin dengan dia..)
* Dia (yang telah menjadi sejarah dalam hidupku)
* Tak tahu la, tunggu kawin nanti baru isi tempat ke-7 ni.. ahaks..

3. 7 perasaan sekiranya keluar dengan seseorang yang anda minati.

* Bangga
* Gembira
* Takut (akan melakukan kesilapan)..
* Kalau orang yang ke-enam tu memang dah tak nak jumpa…
* Kalau boleh nak sepenuh perhatian daripada mereka
* ……………..
* …………….

4. 7 tempat istimewa yang ingin dilawati bersama pasangan anda.

* Gi Mekkah buat Haji tiap-tiap tahun..
* …………. (tak berpikir lagi)

5. 7 barangan/sesuatu istimewa yang mungkin akan anda hadiahkan pada pasangan anda.

* Jam
* Dompet
* Beg
* Pen
* Sabri tak reti memilih barang la, ahaks..

6.tajuk lagu yang akan anda nyanyikan untuk pasangan anda.

* Dia Kekasih Allah (Hijjaz)
* tataw la lagu ape..

7. 7 rakan yang anda tag dan mahu mereka buat PERIHAL 7 ini.

* Adeq
* Azizwan
* bioqzs
* Fareez
* Kakkoi
* Lovesucks
* Permaisuri

Tag oleh Hamdi

Hai, dah lama sabri tak kena tag.. dan ALHAMDULILLAH, hari ni sabri kena tag.. Bukan satu, tetapi dua.. ahaha.. Tapi takpe.. Ini adalah tanggungjawab sebagai seorang blogger untuk menunaikan tag-tag ini.. Ini adalah tag pertama sabri pada hari ini, daripada Mr. Hamdi (sabri ingat dia umur 16 rupanya 18, ahaks).. Tag ini adalah dalam bahasa Inggeris dan sabri akan jawab dalam bahasa rojak Insya’Allah memandangkan sabri dah lama tidak berblog dalam bahasa Inggeris..

1. What is the relationship of you and her?
* Her? Who’s that?? Yesterday friend but now enemy.. >:)

2. Your 5 impressions towards her.
* Not understood person
* Silliest girl in the world (Sorry for saying that)
* Actually, a ‘minah jambu’
* A clever but ……..
* Nothing more

3. The most memorable things she had done for you.
* She has make me be like her.. Oh, no..! I hate girl..

4. The most memorable things she have said to you?
* She said, “Sab, kaulah lelaki paling baik yang pernah aku jumpa..” Yes, I know it.. :D

5. If she become your lover, you will…
* Oh, I don’t want until she agree to marry me tomorrow, so I will..

6. If she become your enemy, you will…
* I’m not an evil person and I will bring her to the right way..

7. If she become your lover, he/she has to improve on…
* Look at number 5 first..

8. If she become your enemy, the reason is…
* She don’t like to follow Islamic life..

9. The most desirable thing to do on her is?
* I want to motivate her to be Islamic girl, ok..

10. The overall impression of her is…
* Not a good person..

11. How do you think the people around you will feel about you?
* They will say that I’m hypocrite.. Yes..

12. The character of you for yourself is?
* Nope comment..!

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
* Saya suka buat orang marah kot..

14. The most ideal person that you wanna be is?
* I wanna be like Nik Aziz, who hand his state with Islamic way..

15. For the people who care about and like you, say something about them.
* I hope you don’t hate me because I like to give ‘ceramah’

16. Eleven people to tag:
Eleven?? It is so much to me.. For this tag, I don’t want to tag anyone.. You’re lucky today.. But if you want to do this tag, you can..

17. Who is no. 2 having a relationship with?
* Nobody..

18. Is no. 3 a male or a female?
* ——-

19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?
* ——-

20. How about no. 5 and 8?
* ——-

21. What is no. 1 studying about?
* ——-

22. Is no. 4 single?
* ——-

23. Say something about no. 6
* ——-

psstt : bro hamdi, cam mana hang buat ada iklan kat tengah-tengah post ye?
psstttt : minta maaf kerana tidak menjawab tag ini dengan sempurna coz sabri tak………

Amaran daripada Polis Di-Raja Malaysia - Berhati-hati dengan Kertas di Cermin Belakang Kereta Anda

Sabri kini semakin tertarik untuk melayari Scukz.com kerana projek-projek yang telah dibina oleh Khai (Founder Of Scukz) amat beshhh.. wa.. kenapa sejak akhir-akhir ni, sabri banyak cerita pasal Khai ye? Tak, bukan apa.. Kebelakangan ni, roh sabri macam mula berjinak-jinak dengan Scukz.com.. Jadi, tak salah kan kalau sabri nak bercerita mengenainya.. Jadi, di sini adalah satu berita yang wajib diketahui oleh semua warganegara dan penduduk yang tinggal di Malaysia dan telah di-translate ke bahasa melayu dari Scukz.com :

Sila Ambil Perhatian! Anda berjalan melintasi tempat letak kereta, membuka kereta anda dan masuk ke dalam.. Anda memulakan enjin dan masuk gear ‘Reverse’.. Tiba-tiba, ketika hendak mengundur ke belakang, anda ternampak sekeping kertas di tingkap belakang.. Kebiasaanya, anda mestilah akan turun dari kereta tanpa mematikan enjin, kerana anda beranggapan bahawa sekejap sahaja untuk mengambil kertas (atau apa sahaja yang menghalang pandangan anda).. Lantas, seorang pencuri kereta akan melompat ke dalam kereta anda entah dari mana lalu pencuri kereta tersebut memacu minyak dengan selaju-lajunya beredar dari tempat tersebut..

BERHATI-HATI DENGAN SKIL BARU YANG DIGUNAKAN SEKARANG

Apabila anda ternampak sekeping kertas di belakang kereta anda, abaikan sahaja.. Teruskan perjalanan.. Buang kertas itu kemudian (Kalau nak selamat, buang betul-betul depan balai polis nanti, haha..)

* Dipetik dari Scukz.com
http://www.scukz.com/portal/news.php?readmore=15

My Blog Page Rank

tadi sabri baca blog Mr Am, tengah-tengah membaca tiba-tiba line internet putus, tengok kat luar, orang TM tengah buat kerja, talian rumah sebelah rosak kot.. Apa-apa pun, selepas tu dapat juga sabri sambung membaca di blog Mr Am, sabri tertarik dengan satu entri Mr Am iaitu Pagerank Checker.. Sabri pun cuba cek blog sabri punya page rank.. Arghhh.. Teruknya.. :p Jangan gelak ekh lepas baca.. Hehe..

Technorati rank = 354169
Technorati inblogs(authority) = 18
Technorati inlinks = 25
Technorati last update = 2008-11-11 01:03:44 GMT
Google pagerank = 2
Alexa popularity = 1768304
Alexa backlink = 15
Google backlink = 7
Yahoo inlink = 337
Google indexed = 153
Yahoo indexed = 74
MSN indexed = 2
AllTheWeb result = 328
Altavista result = 330
Exactrank = 0
Googlebot last access = 0
Blogworth = $10,161.72
Listed in DMOZ or not ? Not

Wakaka.. sabri suka tengok yang dua dari bawah ni, blog sabri bernilai $10,161.72? Betul ke? Haha…. Korang pulak cek la pagerank korang di sini.. (http://crime-genius86.net/pagerank/index.php)